0
SALAM MAULIDUL RASUL SAW........
"Sesungguhnya bagi diri Rasulullah saw. sebagai ikutan yang baik bagi sesiapa yang mengharapkan pertemuan dengan Allah, hari akhirat dan mengingati Allah sebanyak mungkin"

Oleh itu jadilah kita:
1. Orang yang menyelami sifat Rasulullah saw orang yang mempunyai syarat mencontohi Rasulullah: a) Mengharap redha Allah b) Mengharap kejayaan akhirat c) Mampu mengingati Allah sebanyak mungkin.
2 Orang yang mengikuti Sunnah Rasulullah saw. dengan mengharap keredhaan Allah taala.
3.Orang yang mengikuti apa yang di ajar oleh Allah dan malaikat iaitu berselawat kepada nabi.Kita selawat maka Allah beri kebajikan kepada kita.
4. Orang yang berbakti kepada kedua ibu bapa" Keredhaan Allah berada pada keredhaan ibu bapa dan kemarahan Allah berada pada kemarahan ibu bapa" al Hadis..

HARIRAYA DAN HARI KEMERDEKAAN

ALLAH HU AKBAR..... ALLAHUAKBAR..... ALLAHUAKBARKABIRA WALHAMDU LILLAH HIKATHIRA WA SUBHA NALLAH HI BUKRATAL WAASILA...............Takbir bergema dengan memuji kebesaran ilahi tuhan pencipta alam dan menjauhkan syirik kepada Allah taala kerana orang Musyrik akan membencinya" WALAU KARIHAL MUSRIKUN" .Berikutnya selepas Hari Raya kita pula menyambut kemerdekaan negara.Adakah kita menghayati semangat hari raya pada sambutan kemerdekaan kita dengan membebaskan diri kita daripada syirik kepada Allah taala . Sebelum merdeka peraturan penjajah kita gunakan apakah selepas mengecapi kemerdekaan kita bebeaskan diri kita daripada syirik kepada Allah taala? Apakah Islam tidak ada peraturan atau undang undang berkaitan jenayah seperti curi,rompak,zina,khazaf, jualbeli kemasyarakatan ,politik perekonomian sosial dan sebagainya. Apakah kita makin menghayatinya atau kita semakin menjauhinya. Kalau kita menghayati dan melaksanakannya kenapa gejala dan kebejatan sosial tidak dapat dibendung malah semakin hari semakin parah. Adakah kerana kebanjiran warga asing dinegara kita menyebabkan jati diri kita berubah.Kalau kerana kebanjiran itu menyebabkan kerosakan masyarakat kita kenapa tidak dibendung kerana kadang-kadang kita sebagai penduduk tempatan lebih takut kepada warga asing.Adakah kita tidak dapat mentranformasikan ilmu kepada warga negara kita dengan baik dan sempurna sehingga mereka tidak ada jatidiri. Mungkinkah mereka ini keciciran dipertengahan jalan lantaran ketidak bermampuan melanjutkan pelajaran lantaran tiada biasiswa dan tidak berkemampuan untuk membuat pinjaman.Kenapa harus pinjam sedangkan kita merdeka dengan hasil bumi melimpah ruah.Kalau dulu hasil bumi telah diambil penjajah dan sekarang masihkah diteruskan oleh anak-anak penjajah. Kalau anak penjajah mengautnya apakah erti kemerdekaan. Sedangkan kemerdekaan membebaskan dari penjajah.Adakah kita masih berjuang untuk penjajah seperti leftenen Adnan mempertahankan dan mempertaruhkan nyawa lantaran mempertahankan British yang bertapak di Singapura. Betulkah kita sekiranya kita menyebelahi British menentang Jepun. Salahkah kita sekiranya kita sebagai penduduk tempatan menentang British dan Jepun kerana mereka penjajah atas nama komunis. Mungkinkah komunis ketika itu adalah lebel yang dibuat British terhadap penentangnya. Bagaimana talibarut Inggeris ketika itu berjuang mempertahankan Inggeris dianggap pejuangan sebenar.Apakah sejarah yang kita ajarkan pada pelajar kita tidak berasaskan fakta sebenar yang menyebabkan kita menjadi keliru. Kadang- kadang kita julang talibarut Inggeris dan kadang-kadang kita turunkan bendera British dan mengutuk British sebagai penjajah. Bagaimana penilaian kita sebenar dalam menginterpetasikan Kemerdekaan sebenar nya yang perlu untuk kita pupuk kepada masyarakat kita untuk kita HAYATI DALAMSEMANGAT KEMERDEKAAN NEGARA..............
0

RAMADAN KAREEM FASTABIQUL KHAIRAT




insha Allah, marilah kita sama-sama menghidupkan ramadhan kali ini. fastabiqul khairat
0

TAHUN BARU DAN PEMUPUKAN SEMANGAT HIJRAH

ASSALAMUALAIKUM WMBT.
SELAMAT TAHUN BARU KEPADA SEMUA STAFF JAPIM IPG KAMPUS DARULAMAN, JITRA KEDAH. TAHUN BARU DIKAITKAN JUGA DENGAN HIJRAH. SEMOGA TAHUN BARU INI AKAN MEMBERI SEMANGAT HIJRAH KE ARAH YANG LEBIH CEMERLANG DAN GEMILANG SEBAGAI SEORANG MUSLIM YANG SEJATI. SEBAGAI SEORANG MUSLIM KEHIDUPAN YANG DIJALANKAN HENDAKLAH BERKUALITI. KUALITI KEHIDUPAN SEORANG MUSLIM HENDAKLAH DIUKUR DARI SEGI ILMU,IMAN DAN AMAL MASING-MASING. MENJELANG TAHUN BARU INI ILMU IMAN DAN AMAL SEPATUTNYA MAKIN BERTAMBAH. BERTAMBAH ILMU BERTAMBAH IMAN DAN SEKALIGUS AKAN MEMPERTINGKATKAN AMAL. APA GUNA SEBAGAI SEORANG MUSLIM SEKIRANYA ILMU KURANG,IMAN MEROSOT DAN AMAL TIADA. SAYA BERDOA SEMOGA KITA SAMA-SAMA MEMPUNYAI ILMU,BERTAMBAH IMAN DAN SENTIASA BERAMAL KEARAH KEREDHAAN ALLAH TAALA.........AMIN.
0

TAHNIAH DAN TERIMAKASIH


SAYA UCAPKAN TAHNIAH DAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PENSYARAH JAPIM DAN JAWATANKUASA TAKMIR MASJID DAN JPP KERANA TELAH BERJAYA MELAKSANAKAN MAHROJAN LUGHAH AL ARABIYYAH DAN MINGGU PENGHAYATAN ISLAM DAN MORAL IPG DARULAMAN 2010 BERMULA 12-15 OKTOBER 2010.
0

APAKAH KESAN RAMADHAN ...........

RAMADHAN 1431H TELAH MENINGGALKAN KITA.KITA DIDIDIK DALAM MADRASAH RAMADHAN. KITA BERPUASA MENAHAN LAPAR DAHAGA.MENINGGALKAN KATA NISTA KITA BERTADARUS,BERTAHAJJUD, BERQIYAMULLAIL MENANTI AL QADAR DAN SEBAGAINYA. BAGAIMANA SELEPAS RAMADHAN ADAKAH KITA MENGHAYATI DAN MENGAMALI SEMANGAT RAMADHAN YANG KITA LALUI ITU. SIAPAPUN TIDAK BOLEH MENJAWAB MELAINKAN KITA SENDIRI.....RENUNGILAH APAKAH RAMADHAN YANG KITA LALUI SEPERTI KITA MELALUI TANAH SUCI MEKAH DENGAN IBADAT YANG HEBAT SETELAH KEMBALI MAKA FEEL LAMA BERTAUT SEMULA .........RENUNGILAH KESAN RAMADHAN..............................................................
0

SALAM AIDILFITRI




SAYA AHMAD ZAKI BIN HASHIM..KETUA JAPIM IPG KAMPUS DARUL AMAN MENGUCAPKAN SERIBU KEMAAFAN ATAS SEGALA SILAP DAN SALAH..SEMOGA AIDILFITRI TAHUN INI LEBIH BERMAKNA KEPADA KITA SEMUA UMAT ISLAM..SEMOGA KITA SENTIASA DALAM REDHA ALLAH...KULLU SANAH WA ENTUM TOYYIBIN...





Back to Top