0

Pendidikan Anak-anak Dalam Islam-Kutipan Abdullah Nasih Ulwan

Fasal I: Perkahwinan Misali dan Pertalian Di dalam Pendidikan.
a) Perkahwinan Adalah Fitrah Kemanusiaan- Terdapat banyak hadith yang menyokong untuk berkahwin(atTabrani dan al Baihaqi) Contoh riwayat al Bukhari dan Muslim tentang 3 golongan manusia bertanyakan kepada isteri Rasulullah tentang peribadatan baginda dan apabila diberitahu mereka memandang rendah berbanding dengan mereka yang tiap-tiap malam bangun solat, tiap-tiap hari berpuasa dan tiada berbuka dan akan menjauhi daripada berkahwin. Hal ini diberitahu kepada Rasulullah lalu Rasulullah lalu Rasulullah menyebut"Aku berpuasa dan berbuka,aku bersolat dan tidur dan aku juga berkahwin.Barangsiapa yang bencikan perjalanan ini, maka dia bukan dari golonganku".
b) Perkahwinan adalah maslahah kemasyarakatan dimana ia sebagai memelihara benih manusia, keturunan, keselamatan masyarakatyang tidak bermoral,menyelamatkan masyarakat daripada penyakit,menjamin ketenteraman rohani, memupuk kerjasama suami isteri di dalam membangun sistem kekeluargaandan memupuk perasaan kasih sayang kepada ibu dan bapa.
c) Perkahwinan adalah proses penyucian dan pilihan dimana pemilihan berasaskan kepada keagamaan, keturunan dan kehormatan,berlainan keturunan,gadis dan mampu melahirkan zuriat sebagai kesinambungan keturunan.
Jelas bahawa perkahwinan merupakan batu asas yang kukuh kearah pembentukan kekeluargaan dan asas pendidikan ke arah pembinaan generasi muslim.

0 comments:

Post a Comment

Back to Top