MEMBERI SALAM
Apabila kamu memasuki rumah kamu atau keluar daripadanya maka hendaklah kamu memberi salam kepada ahli keluarga kamu yang berada di dalamnya, lelaki atau perempuan, dengan menggunakan ucapan orang-orang Islam dan alamat bagi Islam iaitu:
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakaatuh
Jangan kamu menukar ucapan orang Islam ini dengan ucapan-ucapan lain seperti selamat pagi, hai dan seumpamanya. kerana kecenderungan kamu kepada yang lainnya akan menyumbang kepada penghapusan adab salam, sedangkan salam itu adalah syi'ar Islam dan tanda bangi orang-orang Islam seperti yang digariskan oleh Rasulullah S.A.W kepada mereka dengan perkataan dan perbuatannya. Baginda pernah mengajarkannya kepada khadamnya, iaitu sahabat agung Sayyidina Anas bin Malik..
Sayyidina Anas bin Malik pernah berkata :
Rasulullah S.A.W pernah bersabda kepada aku yang bermaksud :
Rasulullah S.A.W pernah bersabda kepada aku yang bermaksud :
Wahai anandaku, apanila kamu ingin masuk kepada keluarga kamu maka hendaklah kamu memberi salam, salam itu akan memberi keberkatan kepada kamu dan keluarga kamu.
Hadis Riwayat Imam Tarmizi
Posted by








0 comments:
Post a Comment