Bagaimana Mengukur Iman Kita?
SEORANG murid telah bertanya kepada gurunya, “Bagaimanakah untuk mengetahui samada diri seorang itu mempunyai iman atau tidak? Guru tersebut menjawab, “Rumah manakah yang menjadi tumpuan perompak dan pencuri?” Murid menjawab, “Rumah yang mempunyai harta.” Guru menjelaskan, “Begitu juga dengan diri seorang. Jika diri seorang
itu sering di datangi was-was
ataupun godaan syaitan, ia
menunjukkan diri itu mempunyai
iman.”
Iman adalah suatu yang abstrak
(sesuatu yang tidak boleh dilihat).
Di antara kaedah untuk mengukurnya
adalah dengan memeriksa
keadaan diri kita apabila berhadapan
dengan beberapa keadaan.
1. Bagaimana perasaan kita
apabila terdetik melakukan
kemaksiatan?
Orang yang melakukan kemaksiatan
dikira oleh Nabi s.a.w.
sebagai tidak beriman sebagaimana
sabda Rasulullah s.a.w. :
“Tidak beriman seorang pencuri
ketika dia mencuri dan tidak
beriman seorang penzina ketika
dia berzina...” dan seterusnya.
Ini menunjukkan bahawa apabila
perasaan seorang tidak cemas,
takut dan malu ketika hendak
atau sedang melakukan kemaksiatan,
imannya tidak berfungsi.
2. Bagaimana perasaan kita
apabila melihat kemungkaran?
Rasulullah s.a.w. menyifatkan
iman seorang yang tidak redha
apabila melihat kemungkaran
sebagai selemah-lemah iman.
Dan tiada iman selepas itu bagi
orang yang redha dengan kemungkaran.
Seorang yang beriman
apabila melihat kemungkaran
perasaannya menjadi
‘sensitif’ kerana ia bertentangan
dengan kepercayaannya. Bagaimanakah
keadaan orang yang
seronok dengan perbuatan
mungkar?
3. Bagaimana perasaan kita
apabila meninggalkan
ketaatan?
Bagaimanakah perasaan kita
apabila waktu solat hampir
habis sedangkan kita belum
menunaikan solat berkenaan?
Tentu saja cemas atau gelisah.
Dan apabila selesai solat, jiwa
atau hati menjadi tenang. Jika
sebaliknya, maka perlulah kita
memeriksa iman kita. Allah
menyifatkan salah satu ciri
orang yang beriman adalah
mereka yang mendirikan solat
di permulaan surah al-Baqarah.
Ini berarti mereka yang tidak
mendirikan solat, bukanlah
daripada golongan yang
memiliki iman..
Sebagaimana pepatah yang mengatakan
‘tepuk dada tanya
iman’, begitulah yang perlu kita
lakukan setiap kali menghadapi
apa saja situasi di dalam kehidupan
kita. Alat hawa dingin
yang kekurangan gas atau
kereta yang kekurangan petrol,
tentu saja tidak dapat berfungsi
dengan baik.
Sudahkah kita berfungsi dengan
baik sebagai seorang yang beriman?
Tepuk dada, periksa iman...
Posted by








0 comments:
Post a Comment