salam alaik....
orang mukmin adalah orang yang takut kepada Allah. Sebagaimana Abu Laits berkata,
Tanda-tanda takut kepada Allah itu kelihatan dalam 7 perkara:
1. pada lisannya
Dia menghindarkan daripada dusta, ghibah, menyebar fitnah, berbual kosong dan bercakap banyak.
Dia malah menyibukkan diri dengan zikir, membaca al-quran dan muzakarah ilmu.
2. pada hatinya
Dia membuang rasa permusuhan, kebodohan dan kedengkianterhadap sahabatnya.
Lantaran kedengkian dapat menghapuskan kebaikan.
"Hasad itu dapat memakan kebaikan sebagaimana api membakar kayu"
3. pada pandangannya
Dia tidak suka memandang pada makanan, minuman, pakaian atau hal-hal lain yang haram. Tidak pula terpikat dengan dunia. tetapi dia memandang dengan mengambil iktibar.
4. pada perutnya
maka perutnya tidak di isi dengan barang yang haram kerana itu dosa besar dan akan menjadi darah daging.
5. pada kedua tangannya
dia tidak menggunakan untuk perkara yang haram. tetapi hanya menggunakan untuk melakukan ketaatan kepada Allah.
Dirawikan daripada Ka'ab Akhbar, dia berkata:
"Sesungguhnya Allah telah menciptakan bangunan dari zabarjud hijau. di dalamnya terdapat tujuh puluh ribu aula. Setiap aula terdapat tujuh puluh ribu pondok. tidak ada yang boleh masuk ke situ selain orang yang ditawarkan barang haram, namun dia menolaknya kerana takut kepada Allah. "
6. pada langkah kakinya
Dia tidak berjalan untuk berbuat maksiat. tetapi hanya melangkah untuk taat kepada Allah, mencari keredhaan-Nya serta untuk bergaul dengan para ulama dan orang0orang soleh.
7. terlihat pada ketaatannya
dia menjadikan ketaatannya semata-mata untuk mencari keredhaan ALLAH. takut akan riak dan munafik.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Posted by








0 comments:
Post a Comment