0

Khusuk Semasa Solat.....

Sempena Sambutan Maal Hijrah pada tahun ini..di sini, saya ingin berkongsi perkara2 yg harus diperhatikan untuk khusyuk semasa solat...


Seperti yang sedia maklum...perkara susah untuk khusyuk semasa solat sudah sebati dalam ramai umat Islam di atas muka Bumi ini...tetapi ada juga sesetengah insan yang bergelar muslim dapat mengatasi masalah ini....Sempena Tahun Baru Hijrah yang telah datang...marilah kita sama2 melakukan penghijrahan dari segi rohani dan jasmani ke arah yang lebih baik untuk bergelar mukmin yang sejati...

PENDAHULUAN...

Tujuan utama solat adalah bagi mengingati Allah,seperti yang dijelaskan dalam Al-Quran, yang bermaksud...

"Sesungguhnya Aku-lah Allah, tidak ada Tuhan selain Aku, maka sembahlah Aku dan dirikanlah solat untuk mengingati-Ku."

Jadi, sudah seharusnya solat yang anda lakukan secara rutin pada setiap waktu solat itu dapat menjadi pengingat Allah yang sentiasa mengetahui apa sahaja yang anda lakukan. Solat juga menjadi pendorong terbaik supaya anda sentiasa berusaha membuat perkara2 yang diredhai-Nya dan mencegah anda daripada melakukan perbuatan mungkar yang membuat Allah murka pada anda....

Khusyuk dalam solat ialah perkara2 yg dapat menimbulkan kehadiran hati sehingga anda terhindar daripada keadaan seperti yang digambarkan dalam hadis Nabi Muhammad S.A.W, yang bermaksud,

"Ada kalanya, seseorang melakukan solat, tetapi tidak dicantumkan baginya (ataupun diterima oleh Allah) walaupun hanya seperenamnya ataupun sepersepuluhnya. Tidak diterima daripada solat seseorang, kecuali sekadar yang dilakukannya secara sedar."

Menurut Al-Ghazali, ada enam keadaan yang harus anda perhatikan semasa mengerjakan solat..

1.Hudhur al-qalb, iaitu kehadiran hati...
2. Tafahhum, iaitu bersungguh-sungguh dalam usaha memahami makna yang terkandung dalam setiap ucapan dan bacaan...
3. Ta'zhim iaitu pengagungan dan pengh
ormatan kepada Allah, yang kepada-Nyalah anda tujukan solat anda....
4. Haibah iaitu ketakutan yang berpunca daripada Ta'zhim ataupun pengagungan kepada
-Nya...
5. Raja' iaitu harapan ya
ng ditujukan kepada Allah semoga Dia menerima solat anda....
6. Hayya iaitu perasaan malu
yang disebabkan oleh rasa bersalah, baik kerana kelalaian hati dalam melaksanakan ibadah mahupun kerana kesedaran telah berbuat dosa kepada Allah....


Akhlak Baik Tanda Solat Berhasil...









0

SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH...




PERJALANAN RASULULLAH S.A.W SEMASA PERISTIWA HIJRAH




Peristiwa hijrah besar ertinya dalam kehidupan, sekiranya kita mengambil iktibar daripada peristiwa penghijrahan Rasulullah S.A.W, kita sebagai umatnya perlu muhasabah diri sejauh mana penghayatan kita di dalam melakukan hijrah ke arah kecemerlangan ummah...

Adakah akidah kita semakin mantap..?
Adakah syariat yang kita pegang dihayati dan diyakini serta diamalkan dengan sempurna..?
Adakah akhlak kita semakin mantap dan dihayati menurut acuan Rasulullah S.A.W...?

Sekiranya masih kurang, kita perlu anjakan paradigma ke arah yang lebih sempurna demi mencapai status khalifah Allah di atas muka Bumi ini....ALLAHUAKHBAR..!!!!



0
salam....
Back to Top