0

KEUNGGULAN DAKWAH RASULULLAH SAW.

KEUNGGULAN DAKWAH NABI SAW.

1.TAUHID DAN TAWAKKAL -Pernah Rasulullah saw. bertanya kepada Hussain bin Ubaid "Berapa tuhan yang kamu sembah setakat ini"jawabnya Tujuh "Dimana tuhan kamu sekarang" Enam dibumi dan satu dilangit. "Tuhan manakah yang kamu harap untuk meminta pertolongan" jawabnya tuhan yang dilangit, lalu Rasulullah menyebut"Tinggalkan tuhan yang di bumi dan sembah Tuhan yang dilangit itu.

2.SEMANGAT JUANG YANG TINGGI- Semasa perang Khandaq Rasulullah mengikat dua biji batu diperutnya dan bersama sahabat menggali parit. Baginda berjaya memecah batu lalu baginda bersabda"Aku melihat Allah akan memberi penaklukan kepada umatku istana-istana Kaisar. Setelah 25 tahun daripada peristiwa tersebut istana tersebut berjaya ditakluki oleh Saad Abi Waqqas .Walaupun dalam keadaan kesusahan berjaya memotivasikan para sahabatnya.

3.ISTIQAMAH - Pernah suatu ketika Abu Jahal menawarkan kepada Rasulullah supaya diadakan kerjasama di dalam penyembahan supaya dapat menyatukan diantara muslim dengan kafir supaya diadakan penggiliran dengan mengikut ajaran Muhammad setahun dan ajaran Abu Jahal setahun namun Rasulullah tegas menjawab"Sekiranya kamu meletakkan matahari ditangan kananku dan bulan di tangan kiriku supaya aku tinggalkan ajaranku nescaya aku tidak akan tinggalkan.

4.KESEDERHANAAN DI DALAM MELIHAT BENDA KEDUNIAAN- Ketika wafat baginda meninggalkan seekor baghal,baju perisai dan sebilah pedang.

5.PENGORBANAN-Peristiwa hijrah merupakan peristiwa besar pengorbanan Rasulullah saw.Penah dikepong,dipulau di baling batu dan dirancang untuk dibunuh namun rasulullah dan para sahabat tetap bekorban.

6.PERSIAPAN MENGHADAPI KESUKARAN-Rasulullah beribadat setiap malam lebih daripada enam jam,berpuasa, tidak henti berzikir memberi kekuatan menghadapi zaman sukar.

7. KEUNGGULAN DALAM METHODOLOGI DAKWAH- Methodologi berhikmah,tunjuk ajar atau menjadikan diri contoh yang baik dan bermujadalah dengan berhemah menjadikan baginda senang didekati malah menawan hati kuffar untuk menerima Islam.

8.MENGAMALKAN APA YANG DISAMPAIKAN-Aishah pernah ditanya tentang akhlaq Rasulullah lalu dijawabnya al Quran.

9.MENGGUNAKAN PELUANG DENGAN SEBAIKNYA-Dimana Rasulullah prihatin terhadap situasi dan kondisi malah mengetahui potensi sahabatnya dan berjaya meletakkan mereka pada tempatnya.

10. KEYAKINAN UNTUK MENDAPAT REDHA ALLAH TAALA-Kenapa Saidina Ali kw sanggup mengambil alih tempat tidur Rasulullah semasa Rasul berhijrah, Kenapa kaum Muslimin berkeyakinan untuk menentang kuffar Quraish yang mempunyai 1000 tentera berbanding orang Islam hanya 313 orang di dalam perang badar. Semua ini adalah untuk endapat redha Allah.

KESIMPULANNYA: Kita sebagai pendidik sekiranya kita amalkan sepertimana ciri-ciri yang tersebut di atas tadi maka saya percaya kita akan sentiasa berada dilandasan yang benar dan akan mendapat redha Allah taala. Walla...... aklam.......

0 comments:

Post a Comment

Back to Top