HARIRAYA DAN HARI KEMERDEKAAN
ALLAH HU AKBAR..... ALLAHUAKBAR..... ALLAHUAKBARKABIRA WALHAMDU LILLAH HIKATHIRA WA SUBHA NALLAH HI BUKRATAL WAASILA...............Takbir bergema dengan memuji kebesaran ilahi tuhan pencipta alam dan menjauhkan syirik kepada Allah taala kerana orang Musyrik akan membencinya" WALAU KARIHAL MUSRIKUN" .Berikutnya selepas Hari Raya kita pula menyambut kemerdekaan negara.Adakah kita menghayati semangat hari raya pada sambutan kemerdekaan kita dengan membebaskan diri kita daripada syirik kepada Allah taala . Sebelum merdeka peraturan penjajah kita gunakan apakah selepas mengecapi kemerdekaan kita bebeaskan diri kita daripada syirik kepada Allah taala? Apakah Islam tidak ada peraturan atau undang undang berkaitan jenayah seperti curi,rompak,zina,khazaf, jualbeli kemasyarakatan ,politik perekonomian sosial dan sebagainya. Apakah kita makin menghayatinya atau kita semakin menjauhinya. Kalau kita menghayati dan melaksanakannya kenapa gejala dan kebejatan sosial tidak dapat dibendung malah semakin hari semakin parah. Adakah kerana kebanjiran warga asing dinegara kita menyebabkan jati diri kita berubah.Kalau kerana kebanjiran itu menyebabkan kerosakan masyarakat kita kenapa tidak dibendung kerana kadang-kadang kita sebagai penduduk tempatan lebih takut kepada warga asing.Adakah kita tidak dapat mentranformasikan ilmu kepada warga negara kita dengan baik dan sempurna sehingga mereka tidak ada jatidiri. Mungkinkah mereka ini keciciran dipertengahan jalan lantaran ketidak bermampuan melanjutkan pelajaran lantaran tiada biasiswa dan tidak berkemampuan untuk membuat pinjaman.Kenapa harus pinjam sedangkan kita merdeka dengan hasil bumi melimpah ruah.Kalau dulu hasil bumi telah diambil penjajah dan sekarang masihkah diteruskan oleh anak-anak penjajah. Kalau anak penjajah mengautnya apakah erti kemerdekaan. Sedangkan kemerdekaan membebaskan dari penjajah.Adakah kita masih berjuang untuk penjajah seperti leftenen Adnan mempertahankan dan mempertaruhkan nyawa lantaran mempertahankan British yang bertapak di Singapura. Betulkah kita sekiranya kita menyebelahi British menentang Jepun. Salahkah kita sekiranya kita sebagai penduduk tempatan menentang British dan Jepun kerana mereka penjajah atas nama komunis. Mungkinkah komunis ketika itu adalah lebel yang dibuat British terhadap penentangnya. Bagaimana talibarut Inggeris ketika itu berjuang mempertahankan Inggeris dianggap pejuangan sebenar.Apakah sejarah yang kita ajarkan pada pelajar kita tidak berasaskan fakta sebenar yang menyebabkan kita menjadi keliru. Kadang- kadang kita julang talibarut Inggeris dan kadang-kadang kita turunkan bendera British dan mengutuk British sebagai penjajah. Bagaimana penilaian kita sebenar dalam menginterpetasikan Kemerdekaan sebenar nya yang perlu untuk kita pupuk kepada masyarakat kita untuk kita HAYATI DALAMSEMANGAT KEMERDEKAAN NEGARA..............
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Posted by








1 comments:
salam..
saya berkenan ngan ayat UStaz yg ini..
"Apakah sejarah yang kita ajarkan pada pelajar kita tidak berasaskan fakta sebenar yang menyebabkan kita menjadi keliru."
Cube Ustaz fikir...buku teks sejarah F1 contohnya..pelajar-pelajar di ajar ttg Zaman Paleolitik,Neolitik dan Logam..manusia pada zaman tersebut memakai bju x cukup kain,ala..Ustaz bole bayangkan mengikut imaginasi sendiri...tapi cube Ustaz renungkan??..takkan manusia pertama di bumi,yakni Nabi Adam alaihissalam,memakai bju sebegitu...manusia juga dikatakan bodoh pada waktu tersebut..x kan la Nabi Adam x mengajar anak,cucu dan cicitnya dan ikut sama bodoh??..Padahal..bermula pada zaman itu manusia berkembang...makin berkembang..maka..sudah tentulah kebenaran zaman itu Bohong belaka(pada pendapat saya la,kalo saya salah,minta diperbetulkan)..Wallahualam...
p/s:saya lagi x setuju ngan teori Darwin!!..lagi karut!!
Post a Comment